Rabu, 6 Ogos 2014

PROFIL SYARIKAT

DRK Network Sdn Bhd
adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh 100% 
Bumiputra Islam yang menjadi pengeluar dan pengedar eksklusif
produk jenama Himax5 yang berasaskan
air Zam Zam dan terapi 30 Juzuk Al-Quran.
Produk Alkali Himax5 adalah produk alkali 
pertama di dunia yang menggunakan air Zam Zam dan
terapi 30 Juzuk Al-Quran yang sangat
berkesan dalam membantu memperbaiki keseimbangan asid dan 
alkali dalam badan ke arah kesihatan yang sempurna.

Syarikat ini merupakan pengeluar tunggal yang mengedarkan
produk Himax5 ke seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak. 
Kini syarikat juga telah berjaya 
menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Thailand. 
Staf syarikat juga telah dilatih mengamalkan prinsip kerja dengan
mempraktikkan amali ibadah yang baik seperti mengerjakan
solat dhuha dan bacaan mathurat 
setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan harian.

Produk Himax5 adalah hasil dari pemadatan air Zam Zam
yang dilakukan di kilang Industri MARA, Pengkalan Chepa, Kelantan. 
Air Zam Zam ini dipadatkan dan diadun bersama ramuan terpilih selama
dua minggu sehingga mencapai tahap yang optima dan dibotolkan.
Bacaan 30 Juzuk Al-Quran dan doa rukyah diperdengarkan sepanjang
tempoh pemprosesan dijalankan melalui sistem audio tanpa henti.
Pihak syarikat juga berusaha sedaya upaya untuk menjalankan perniagaan
ini tanpa riba dengan mengelakkan dari membuat pinjaman dari mana-mana
institusi kewangan, lebih-lebih lagi dari institusi kewanagan yang
mengamalkan sistem konvensional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan